Temerloh, 5 Nov - Perhimpunan Aman Rakyat yang akan dianjurkan oleh BERSIH (Barisan Rakyat Menuntut Pilihanraya Adil & Bersih) pada 10hb Nov 2007 (Sabtu) ini di Dataran Merdeka jam 3.oo petang akan menjadi titik tolak kepada seluruh parti pembangkang dan NGO Pro-pembangkang di Malaysia untuk mennggembleng sokongan padu rakyat terhadap empat (4) tuntutan asas supaya SPR menjalankan pilihanraya dengan telus, adil dan bersih dari segala penipuan.
Perhimpunan yang akan mengumpulkan 100,000 rakyat Malaysia itu akan bermula di Dataran Merdeka dan kemudiannya mereka akan berarak ke Istana Negara. Semua yang hadir akan mengenakan pakaian berwarna kuning simbolik tanda sokongan dengan objektif sebenar pihak penganjur. Semua rakyat Malaysia yang tidak berkesempatan untuk hadir ke perhimpunan tersebut juga digalakkan memakai pakaian berwarna kuning pada hari sabtu nanti, tanda sokongan, walau di mana jua anda berada.
Semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku semasa perhimpunan. Amiin..
No comments:
Post a Comment