29 November 2007
Jom Buat Perubahan: Kami Prihatin Masalah Anda!
27 November 2007
Burung Serindit
Burung Serindik jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung Betina berwarna lebih kusam dibanding jantan. Jantung burung ini terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
22 November 2007
Bandar terbesar Melayu tidak terurus!
Dalam tinjauan yang dibuat, antara kawasan yang paling ketara tidak terurus dan dilitupi semak samun ialah jalan dari Taman Perumahan Rantau Perintis ke Taman Permatang Syahbandar. Begitu juga jalan dari Rantau Perintis ke JPJ, jalan ke pasar borong, jalan ke SMK Jengka Pusat 2 dan Sekolah Maahad Sultan Ahmad Shah.Turut diselaputi belukar ialah kawasan bulatan dan jalan ke Asrama Anak Yatim Tunas Bakti serta bahagian depan pagar sekolah rendah.Manakala rumah pangsa Rantau Perintis pula tampak seperti ‘bangunan berhantu’ kerana usang dan terbiar meski pun terdapat penghuni di dalamnya.
Menurut seorang penduduk, Faizul Ismail, 37, kerana terlalu semak di kebanyakan jalan utama telah mengakibatkan sering kali berlaku kemalangan. Selain itu, semak samun di kiri kanan jalan telah memudahkan remaja tempatan melakukan perbuatan maksiat di samping berleluasanya kes ragut.“Bagi kami sebagai warga bandar Jengka, merasa malu dengan suasana yang ada. Sudahlah susun atur bandar seperti pekan koboi, keadaan yang tidak terurus di kawasan yang bakal digelar Bandar Tun Razak ini hanya membawa imej yang buruk kepada orang luar, Sebab itu kami agak terkilan dengan sikap pihak berkuasa tempatan yang langsung tidak prihatin”.
Bandar Jengka berpenduduk kira-kira 15,000 orang dan merupakan sebuah bandar hampir seratus peratus Melayu termasuk peniaga. Berada di tengah-tengah beberapa buah tanah rancangan FELDA Wilayah Jengka iaitu Jengka 1-25, Kampung Awah, Sungai Nerek, Kota Gelanggi 1- 4, Sungai Tekam dan Lepar Utara 1- 14. Wilayah ini merupakan kawasan Felda terbesar di Pahang dengan penduduk kira-kira 90,000 orang. Bandar Jengka merupakan satu-satunya bandar yang lahir dari pembangunan tanah Felda. Dulunya wilayah ini dikenali sebagai Jengka Tiga Segi kerana berada dalam tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut. Di sini terdapat IPT pertama di Pahang iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sejak dulu Bandar Jengka dikhususkan untuk orang Melayu berniaga. Bagi komuniti Cina mereka terpaksa berniaga di Sungai Jerik, sebuah pekan yang terletak tidak jauh dari sini. “Oleh kerana Jengka ini bandar Melayu, sepatutnya pihak kerajaan bersikap kreatif dan proaktif membina pra-sarana secukupnya. Apatah ia kawasan Felda yang dikenali sebagai agensi yang kaya. Dengan kedudukan strategik, sepatutnya di sini boleh dibina Muzium Felda bagi mendedahkan golongan muda mengenali sejarah perit jerih perjuangan para peneroka membuka tanah sehingga menjadi estet terbesar di dunia”. “Bandar ini juga boleh dijadikan tarikan pelancong ke negeri ini. Kerana kawasan sekitar memiliki produk pelancongan berkualiti”, ujar Faizul.
Tidak jauh dari Bandar jengka terdapat tempat-tempat destinasi menarik kunjungan ramai. Antaranya ialah Gunung Senyum, Gunung Jebak Puyuh, Bukit Nyamuk, dan Gua Kota Gelanggi yang kaya dengan khazanah alam flora dan fauna. Kawasan rekreasi utama yang terkenal pula ialah Air Terjun Teladas, Lubuk Yu dan Lubuk Ujid. Namun jika bandar yang ada pun terbiar tanpa dipelihara dengan baik, bagaimana boleh menarik pelancong?
Majlis Daerah tidak prihatin
Seorang penduduk lagi, Engku Nor Zaman Engku Mohamed, 38, menyalahkan Majlis Daerah Maran yang tidak prihatin dengan keadaan persekitaran Bandar Jengka meski pun telah berkali-kali dibuat aduan.“Dulu, pihak Majlis Daerah Maran ada membuat pemotongan rumput secara berjadual pada setiap bulan. Malangnya sekarang tiada lagi. Rumput serta lalang di kiri kanan jalan melebihi ketinggian orang dewasa kerana tidak dipotong. Bayangkanlah kami penduduk di sini yang menggunakan jalan di persekitaran kawasan perumahan terpaksa lebih berwaspada setiap kali hendak keluar masuk simpang”.”Selain kemalangan, semak samun juga boleh mendatangkan risiko dan bahaya serangan binatang bisa terutama kepada kanak-kanak. Perkara ini telah kami adukan kepada pihak Majlis Daerah Maran tetapi sampai sekarang keadaan masih lagi tidak berubah.”Engku Nor Zaman memberi contoh rumah pangsa di Rantau Perintis, di bandar ini yang dilitupi semak samun. Begitu juga dengan banyak longkang yang tersumbat sehinggakan bila hujan, acap kali berlaku limpahan air ke jalan raya. Justeru beliau berharap pihak Majlis Daerah lebih peka dan sedar bahawa penduduk-penduduk di sini membayar hasil cukai pintu setiap tahun.“Ada kemungkinan tidak cukup peruntukan kewangan. Justeru itu saya mencadangkan diwujudkan Majlis Bandaran sendiri bagi Bandar Jengka kerana pada fikiran saya hasil yang ada sudah mencukupi”. ”Adun kawasan ini juga diminta segera menangani masalah ini bukan sahaja kerana beliau telah dilantik oleh penduduk-penduduk Jengka menjadi wakil rakyat di sini untuk memperjuangkan nasib orang di sini, bahkan beliau sendiri juga menetap di kawasan perumahan Rantau Perintis” , ujarnya.
Kesan dari pembubaran LKWJ dan kekalahan ADUN PAS
Sementara itu bekas jurutera Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) Musaniff Abdul Rahman, yang menetap di sini menyalahkan dua faktor utama yang menyebabkan Bandar Jengka seolah-olah terpinggir dan tidak terurus. Pertama, menurutnya, pembubaran LKWJ dan kedua kerana kerusi DUN Jengka terlepas dari tangan PAS.“Dulu ada LKWJ yang mentadbir dan membangunkan ekonomi orang Melayu di wilayah ini. Ketika itu keadaan tidak seperti sekarang. Namun setelah agensi Persekutuan tersebut dibubarkan pada Oktober 2000, suasana sudah banyak berbeza dan seakan-akan Bandar Jengka terpinggir . Inilah kesan penutupan LKWJ”. “Satu lagi semasa wakil rakyat PAS ada dalam Dewan Undangan Negeri dulu, keadaan seperti sekarang tidak berlaku di Bandar Jengka kerana segala permasalahan selalu dibangkitkan di dewan tersebut. Sebab itu saya fikir rakyat kena letak pembangkang mewakili kawasan ini dalam pilihan raya akan datang supaya kerajaan lebih peka dengan masalah rakyat”, katanya.
Pada Pilihan Raya Umum 1999 Jengka telah dimenangi oleh calon PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man setelah mengalahkan calon BN Dato’ Zainal Hasan, exco kerajaan negeri ketika itu.Malangnya pada 2004, wakil BN Abdu Rahman Ibrahim kembali memenangi dun tersebut.Dalam pada itu terdapat juga projek perumahan yang terbengkalai sejak sekian lama. Projek tersebut ialah Taman Jengka Impian yang mengandungi 300 unit rumah. Difahamkan perumahan tersebut sudah ada pembeli namun tidak dapat diduduki atas sebab-sebab tertentu.Tinjauan mendapati sebahagian lantai dan dinding rumah telah rosak dan retak serta atap sudah banyak yang pecah. Kelihatan juga ada kesan kabel elektrik dan penutup longkang menjadi mangsa pencuri. Sementara tanah tambun di depan rumah sudah ada yang runtuh.Menurut pengawal keselamatan taman perumahan berkenaan, Abdul Karim Abd Hamid, seingatnya sudah lima tahun projek ini terbengkalai dan belum diduduki.Beliau memberitahu, sebahagian pembeli rumah-rumah tersebut telah dipotong gaji melalui bank.
18 November 2007
Kisah Sahabat Alumni UIA..
Kisah ini sengaja aku keluarkan untuk tatapan semua bagi menghargai seorang sahabat yang telah pergi buat selama-lamanya mengadap Allah Yang Esa pada (Jumaat malam, 16/11/2007). Moga coretan kisah yang diperolehi melalui khabaran melalui emel ini menjadi iktibar buat pembaca tentang betapa ukhuwwah di dalam Islam mengatasi segalanya...
Ustaz Amrillah ni merupakan senior aku semasa di UIA.Aku tidak berapa biasa dengan beliau, maklumla, semasa aku masuk main campus, beliau sudah di tahun akhir.Tapi yang aku ingat, beliaulah yang memimpin kami anak-anak Pahang membantu PRU di sebuah kawasan target di Pahang, dan Alhamdulillah, MTD tersebut dimenangi oleh seorang tokoh yang dikenali ramai.Tetapi setelah beberapa lama grad, aku dikhabarkan Ust.Amrillah ni bertugas di Sabah (yang kebetulan sahabatku Pn Jalila berada di Daerah yang sama dengan tempat beliau mengajar). Aku mula menerima emel daripada Alumni IPRISMA bermula 30 Ogos 2007 yang lalu mengenai perkhabaran Ustaz Amrillah yang sedang sakit.
Saudara Amrilah sakit
Thursday, August 30, 2007 11:47:59 AM
Salam,Kepada saudara saudari yang mengenali Amrilah (kurangpasti batch tahun berapa - mungkin sama dengan sudaraSayuti Basiron atau junior setahun, untuk makluman,beliau sedang menderita sakit kanser paru-paru ditahap kritikal. Sama-sama kita doakan semoga beliaudiberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi ujian yangberat dan semoga beliau sembuh dari penyakitnya.Wassalam. Tuan Sidek.
..........................
Sent: Thursday, August 30, 2007 3:32:43 PM
Salam..Tentang Amrilah tu..ana selalu contact dengan zaujah dia.
Setakat ini, Amri sudah pun buat 2 kali kemoterapi, yg terbaru sepatutnya 21 hb Ogos minggu lepas tapi amri menolak, tak sanggup katanya menanggung siksaan kesan kimo tu. Sekarang ni pun lutut tak kuat nak berjalan kena papah n macam2 lagi kesan kimo tu. Memang teruk. Bila diberitahu kepada doktor, doktor mengakui ubat tu terlalu kuat dan doktor decide nak tukar kepada ubat lain, tapi kiraannya mesti mula dari 1 balik la. sepatutnya lepas 6 kali kimo, doktor akan buat pemeriksaan menyeluruh untuk pastikan samada virus tu ada lagi ke tak. Jadi, next terapi pada 2hb 9 ni akan dimulakan dengan ubat baru, kiraan dari 1 balik. Ana ingat nak p ziarah dia kat hkl pada 21hb tu, tapi bila dia dah cancel, ana tak jadi pegi la.
Mata dah buta, kepala botak, badan dah tak kuat...kalau jadi kat kita atau saudara kita sendiri, apa kita akan buat agaknya??
Zaujah nya cerita tiap2 malam amri mengeluh kesakitan. Sakit sendi, badan panas, sakit belakang dan macam2 lagi. Masa ana call amri, cakap dengan dia sendiri, dia nampak ceria, katanya makan lalu pada waktu pagi je,tapi badan sakit terukla..dengan kita memangla ceria tapi sakitnya hanya dia yg rasa. Bila ana tanya ubat apa yg dimakan sekarang ni selain dari ubat doktor, amri gelak sakan, katanya dia makan semua jenis ubat yg org beri dia. katanya biarla, mana tahu ikut rasi ubat yg mana dengan sakit dia tu.
Last 2 weeks Afezi ada call ana bincang pasal satu alternative treatment dgn dr. hisyam ke namanya, terapi herba, tapi kosnya tinggi jugakla, dekat RM6k. Ana minta afezi bincang sendiri dgn pihak amri sbb sebelum ni pun amri pernah ke melaka untuk rawatan herba jgk. Kepada sahabat2 yg pernah bersama n mengenali amri, buatla apa sahaja usaha untuk kebaikan amri. Jangan biarkan dia bersendirian menghadapi saat2 kritikal macam ni. Zaujahnya cakap, amri gembira kalau ada kawan2 p ziarah.
Atau yg memang bersifat pemurah dan pengasih tu, mungkin akan lebih pahala antum jika menyumbang sedikit untuk amri, ni akaun isterinya;Nor Hasliza OthmanAkaun Bank Islam: 1401-4020-7614-61Amri setakat ini masih dalam status bercuti dari mengajar. Tapi sampai bila ana tak pasti. Tapi ana percaya Allah Maha Berkuasa atas segalanya di dunia ini. Allahu waliyyuna. Wassalam.
............................
Pn Suhaila Ismail (atau lebih dikenali dengan panggilan Kak La) adalh orang yang banyak membantu Allahyarham Ustaz Amrillah dan isteri beliau, Hasliza Othman. Dalam banyak emel yang aku terima, aku lebih alert bila Kak La yang menghantar info tentang perkembangan terkini arwah (walaupun aku masih ingat2 lupa rupa paras sebenar senior aku itu)! Walaupun begitu, Pn.Mazidah(kak zid) lah yang menjadi org tengah antara aku dgn Kak La ini selain emel yang aku terima...
.............................
Doa'kan Amrillah...
Sent:Monday, September 03, 2007 11:11:04 AM
Assalamu'alaikum,
Keadaan sahabat kita Amrillah sekarang berada pd keadaan yang amat tenat. Beliau sudah tak dapat berjalan seperti biasa, kecuali berkerusi roda, dah tak blh bergerak anggota badan hatta tangan pun tak larat utk diangkat. Nak bercakap pun dah tak blh kecuali bersuara perlahan. Beliau hanya mampu duduk sepanjang masa, tak blh tidor kecuali sekejap2 dalam keadaan duduk sahaja... selain itu beliau memang hilang terus penglihatan mata kiri, yang akan hanya dirawat oleh doktor jika rawatan cancer berjaya.
Utk pengetahuan sahabat2, perkara sebegini adalah biasa utk rawatan kanser melalui chemotheraphy stage 4, apatah lagi dalam keadaan doktor meningkatkan ubat utk melawan masa agar kuman cancer dapat di matikan. Kesan yang berlaku adalah bukan sahaja sel cancer dimatikan malah sel2 yang lain turut menerima kesan.
Sepatutnya beliau melalui 6x chemotheraphy, tetapi setelah 3x masih tak menanmpakkan kesan, dan pd awal Aug-07 doktor decided utk tukar ubat yang lebih kuat utk dapatkan kesan. Setelah 2 kali rawatan, itulah keadaan beliau sekarang ini. Mungkin kesan terhadap sel cancer ada, tetapi kesan terhadap badan juga memang teruk.
Pagi ini beliau melalui rawatan lagi untuk kali ke3. Ana sekejap lagi Insya Allah akan ke Hospital KL utk berjumpa dgn doktor yang merawat beliau utk tahu keadaan sebenar mengikut pandangan doktor. So far dari awal dulu Amrillah banyak berhubung dengan ana bertanyakan tentang cancer dan juga apa jua keputusan yang doktor nak buat terhadap beliau. Ana juga dah berkesempatan berbual dengan doktor yang merawat beliau 3 bulan sudah pd peringkat doktor hanya mensyaki shj beliau mengidap cancer.
Ana sendiri pernah melalui sejarah sebegitu pd arwah ibu ana sendiri yang melalui kesan2 exactly seperti dihadapi Amrillah, juga pd stage ke-4, dan ditakdirkan bertahan hanya 5 bukan shj selepas bermulanya chemoteraphy.
Buat masa ini beliau dijaga sepenuhnya oleh kedua ibubapa, isteri dan adik. Selain berdo'a, kalau ada sahabat yang berkelapangan silalah ziarah. Ana merasakan perlu bantuan dari segi kewangan utk beliau disebabkan zaujah beliau dah terpaksa berhenti kerja, selain kos rawatan ulang-alik hospital dan belanja harian yang perlu ditanggung. Dalam keadaan sekarang ana rasakan yang amat penting adalah beliau sendiri hendaklah betul2 kuat melawan (mentally), yakin dan berserah pd Allah sebagai penyembuh. Mungkin dengan kehadiran sahabat2 tersebut boleh memberi peransang & kekuatan pd beliau dan keluarga untuk menghadapi ujian itu...
Alamat: No 27 Jalan 3/6 Taman Kosas. Dari Jalan Ampang menuju ke Bukit Belacan, terus sehingga berjumpa tempat yang mempunyai dua stesyen minyak (kiri Petronas & kanan Shell) terus sehingga traffic light ke2 masuk kiri, terus hingga berjumpa sekolah masuk kiri lagi sekali... Boleh hubungi hp zaujah beliau atau hp beliau sebelum ziarah.
Wassalam.
.................................
13 September 2007, Terima lagi emel dari Kak La..
.................................
Salam..
Ana baru lepas bercakap dengan zaujah Amrillah.Amrillah sekarang dah admit ke wad. Mengikut cerita isterinya, Eidit Hasyim yang bawa Amri ke hospital semalam disebabkan keadaannya yang teramat tenat. Terima kasih Eidit. Perut Amri membengkak. Rupanya Amri sudah hilang upaya untuk kontrol pembuangan air kencingnya. Kat hospital semalam, doktor telah menebuk n meletakkan salur dan banyak air kencingnya keluar sehingga perutnya menyusut.
Doktor terkejut melihatkan keadaannya. Kakinya bengkak. Sendi2 semua sakit. Sebelum ini telah dilakukan satu bone scan dan semalam doktor memberitahu Amri ada kanser tulang. Wallahu a'lam. Minta2 apa yg diucapkan doktor itu silap.
Menurut zaujahnya, selepas doktor memberitahu amri ada kanser tulang, Amri menangis dan beritahu isterinya yg dia mahu balik ke rumah sebab katanya dia dapat merasakan umurnya tak panjang dan dia mahu berehat sahaja kat rumah. Sekarang Amri kat wad dengan bantuan oksigen dan dimasukkan air. Kebetulan semalam pesakit kanser yang berada depan katil amri meninggal dunia. Doktor menyatakan dalam sehari dua ni, pihak doktor akan buat pemantauan, kalau keadaannya tak menunjukkan perkembangan positif, pihak doktor akan melepaskan amri balik ke rumah sahaja.
Zaujahnya minta pandangan ana tentang keinginan amri untuk pulang ke rumah. Familynya dah buntu. Insya-Allah tengahari ni ana akan ke hospital, ana dah call Doktor Hisyam untuk minta pandangan. Doktor Hisyam juga akan ke hospital bertemu family Amri untuk memberikan pandangannya.Zaiskandar baru call ana n menyatakan pendangannya agar Amri berehat sahaja kat rumah. Tengoklah macamana nanti. Wassalam.
..............................
Ya Allah, beratnya ujian Mu terhadap arwah dan keluarganya.. Aku termangu seketika, kalaulah aku yang berada di tempatnya..
.................................
Permintaan zaujah Amrillah
Sent:Friday, September 14, 2007 1:19:25 PM
Salam..
Permintaan daripada zaujah Amrillah, agar sesiapa yang nak datang melawat Amrillah, agar jangan datang ziarah banyak kali dalam sehari, maknanya baik kalau datang ramai sekaligus sebab Amrillah mengadu penat nak bercakap acap kali, dia nak rehat. Setiap yang datang akan tanya benda yang sama, dan Amrillah akan jawab benda yang sama dengan keadaan dia yang susah nak bernafas, cakap pun pendek2 je. Kalau pergi ramai, bolehlah seorang tanya, yang lain boleh dengar penjelasannya.
Zaujah Amrillah minta maaf jika menyusahkan kawan2, tapi Amrillah perlu rehat jugak. Cuma dia kata boleh tiap2 hari nak ziarah, tapi jangan banyak turn sangat sampai memenatkan Amrillah. Dia menghargai kawan2 yg nak dtg ziarah kerana Amrillah pun gembira tapi kesannya, dia kepenatan yang teramat.
Jadi kepada mana2 sahabat yg masih belum ziarah dan nak ziarah, berpakatlah dengan kawan2 lain agar dapat pergi sekaligus.
Wasalam.
............................
Malangnya, sehingga kini aku tidak berkesempatan menziarahi beliau..
............................
Aku terima lagi emel info daripada Kak La tentang Berita Terkini Ust Amrillah pada 17 September 2007 = 5 Ramadhan 1428H.
Salam..
Tentang tabung untuk Amrillah, setakat yang dilancarkan sejak jun lalu, sebanyak RM3OOO lebih sudah dimasukkan terus ke akaun zaujah Amrilah, itu tak termasuk derma yang diberi terus by hand semasa kawan2 kita melawat Amri kat wad atau rumah. Alhamdulillah. Zaujahnya memberitahu, alhamdulillah sumbangan masih diterimanya hatta oleh orang yang tak dikenali dalam jumlah yang tidak sedikit. Alhamdulillah.
Khamis lepas, ana, 2 org ukhti dari KUIS, dan kebetulan hariz, afezi, azman dahali, dr. hisyam (kawan Amri) dan 3 orang lagi muslimin telah melawat amri, Tengahari tu doktor mengesahkan amri mendapat kanser tulang dan rawatan seterusnya ialah radioterapi khusus untuk kanser tulang tu.
Dr. hisyam menasihatkan agar amri membuat radioterapi tu kerana memang tiada choice.
Apabila waktu melawat habis, afezi mencadangkan agar kami semua (11 orang) adakan sedikit mesyuarat perihal keadaan amrilah. Dr. hisyam mencadangkan agar disamping membuat rawatan radioterapi, dibuat juga rawatan alternatif untuk amri. kami bersetuju memandangkan rawatan hospital yang diterima amri setakat ini menunjukkan keadaan makin teruk. dr. hisyam sendiri pengamal rawatanterapi herba tersebut. Kos keseluruhan ialah sebanyak rm6 ribu, namun setelah perbincangan dilakukan, separuh akan ditanggung oleh klinik, dan separuh lagi oleh pesakit. Turut sama dalam perbincangan tersebut ialah zaujah amri. Zaujahnya menyatakan sebelum ini lagi amri nakkan rawatan herba tu, tapi mungkin disebabkan kosnya, ianya terbantut macam tu sahaja. Kami memberi jaminan kepada zaujah amri yang rawatan tu akan diadakan secepat mungkin. Dan untuk kutipan rawatan herba ini, ana diamanahkan untuk mengumpulnya.
Afezi memberitahu kawan2 sekolah amri dulu ada membuat kutipan sebanyak RM1,600, jadi baki lagi sebanyak RM1400 diperlukan. Sabtu lepas, bendahari alumni memberitahu tabung untuk amri yang diadakan atas nama alumni ada wang sebanyak RM300. Namun, oleh kerana akaun atas nama syarikat (alumni), beberapa perkara nampaknya tidak memungkinkan wang dikeluarkan dalam kadar segera.
Oleh kerana kesuntukan masa, ana berbincang bersama 4 orang muslimat untuk mendahulukan sebanyak RM1400, dan pada petang Sabtu ana bank-in sebanyak RM1400 ke dalam akaun dr hisyam. Dan dr. hisyam respon kepada ana bahawa dia akan memulakan rawatan tersebut secepat mungkin.
Rawatan tersebut ialah dengan cara memberi amri makan/minum herba tersebut, tak apa amri masih kat wad pun. tengahari tadi dia ke wad untuk mendapat maklumat detail keadaan amri untuk tujuan merumuskan herba tersebut agar sesuai dengan keadaan amri. Kita berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga Allah memberi pandangan rahmat dan rahim-Nya untuk kesejahteraan amri, insya-Allah.
Semalam, zaujah amri call ana. Tengahari semalam zaujahnya bertanyakan doktor tentang upaya kaki amri. Zaujahnya beritahu, amri masih merasa sikit2 kalau kakinya dipegang namun doktor memberitahu bahawa harapan untuk amri berjalan semula amat tipis kerana virus kanser tulangnya ada di beberapa tempat, dan doktor turut menyebutkan kemungkinan amri akan lumpuh. Ya Allah, beratnya ujianMu kepada Amri. ya Allah Kau kasihanilah amri, dia sudah banyak membantu agama-Mu. Kau berilah kesejahteraan buat Amri untuk dia meneruskan perjuangan di atas muka bumi ini. ya Allah, sesungghnya hanya Engkau yang Maha Menyembuhkan, hanya Engkau Yang Maha Kasihan belas kepada hamba2-Mu.
Wassalam
............................
Terima emel respon daripada sahabat 'batch' di bawahku..Ust Md Noor.
.........................
Assalamualaikum wrt brt...
Kami mewakili batch iPRISMA dan batch adik2 mendoakan kesihatan dan ketabahan kpd al-akh amrillah dan family.
InsyaAllah mlm ni, kami akan adakn solat hajat bersama2 dgn adik2 uia di bgnn Irk.
Semoga semuanya dpermudahkan Allah swt.
Amiin.
...............................
Kak La tidak jemu-jemu menyampaikan maklumat kepada group IPRISMA,
.............................
Salam lagi..
Setakat ini, selain daripada sumbangan kawan2, beberapa usaha sedang dibuat untuk memohon sumbangan zakat dan tabung seperti;
1. Tabung Kemiskinan HARAKAH; melalui akhi Fariz Irwan
2. Zakat Bank Islam melalui Dr. Hisyam
3. Zakat atau Tabung Mawaddah Bank Muamalat melalui Akhi Hafiz Fauzi
setakat ini permohonan ini memerlukan beberapa dokumen penting seperti medical report amri, dan keadaan sekarang ada beberapa kesulitan untuk mendapatkannya, susah jugak nak dapatkan medical report ni nampaknya walaupun zaujah amri sendiri yang memintanya dari doktor. namun akhi Nizamudin berjanji akan berusaha untuk mendapatkannya dari doktor yang bertugas merawat amri iaitu Dr. Chan. Doakan agar Allah permudahkan urusan. Wassalam.
..........................
dan lagi perkembangan melalui emel yang diterima..
..........................
Amrillah terkini
Sent:Monday, September 24, 2007 11:47:24 AM
Salam..
Juga salam Ramadhan buat semua..
Setakat ini, semua permohonan zakat dan tabung untuk Amri sudah selesai diurus walaupun ada sedikit birokrasi yang ada. Dengan pertolongan sahabat2 satu batch seperti Nizamudin, Aji (Sharifudin), dan Fairuz Md. Khir (Md. Kiaq) dan lain2, alhamdulillah semua sudah settle. Sekarang ni tunggu respon daripada institusi yang dipohon itu sahaja.
Amri sudah menjalani 5 kali rawatan radioterapi untuk kanser tulangnya tu. Dan kesannya badan panas sangat mengakibatkan amri demam. Dah 3 hari Amri demam. Doktor kata, jika tak demam, boleh balik rumah dah. Semalam nurse beritahu zaujah amri yang Amri "dah tak lama lagi dah."
Insya-Allah, petang ni ana dan mazidah akan ke hospital ziarah amri. Herba masih diberi, namun masih terlalu awal untuk dilihat hasilnya.
Hanya Allah tempat kita bergantung. Allahu maqsuudana wa ridhoka mathlubana, ya Allah hanya Engkau yang punya kuasa penyembuh untuk menyembuh hamba-Mu. Anta Syaafii, anta Kaafii..
Wassalam..
...............................
Hampir sebulan lebih tidak menerima emel info daripada kak la tentang keadaan Ust.Amrillah, pada 9 Nov 2007 yang lepas emel dari kak la aku terima.Mungkin semakin sembuh keadaan beliau, fikirku..!
...................................
Salam,
Ramai sahabat tanyakan ana ttg Amrilah. Amri sekarang berehat dan berubat kat rumah. Sebelum ini dinyatakan duit kutipan RM3K yang dibuat sebelum ini adalah untuk pembiayaan perubatan herba Amri. Namun, mungkin masalah ketidakserasian rawatan tersebut dgn Amri, ianya terpaksa dihentikan. Sekarang Amri berubat kat rumah, guna kaedah homopati seorang Doktor dari Perak. Doktor tu selalu jgk lawat Amri. Keadaan fizikalnya semakin membimbangkan, namun kekuatan untuk sembuh melebihi segalanya.
Tentang derma/sumbangan untuk Amri secara kasarnya setakat yg ana tahu adalah seperti berikut;
1. Sumbangan ALUMNI (melalui tabung i-PRISMA) = RM150
2. Kutipan kecemasan sahabat ALUMNI = RM2500
3. Sumbangan kawan2 lama sekolah AMRI = RM15003.
4. Duit raya dari Bank Muamalat = RM550
5. Sumbangan dari Takaful Ikhlas = RM22005.
6. Sumbangan dari Dewan Muslimat PAS Pahang = RM1000
7. Sumbangan by hand sahabat2 semasa melawat
Kesemua sumbangan sudah diterima oleh pihak AMRI dan sebahagiannya sudah pun digunakan untuk keperluan harian n perubatan dari masa ke semasa.
Buat masa sekarang, kita masih menantikan jawapan daripada BANK MUAMALAT (melalui Hafiz Fauzi) dan juga TABUNG HARAKAH (melalui sahabat). Bank Mualamat sudah menyatakan jawapan positif cuma jumlah sebenar belum dapat dipastikan lagi.
Bulan puasa lepas, melalui Azman Dahali, kita sediakan air-cooler untuk AMRI kerana katanya badannya kepanasan 24 jam dan dia hanya mengelap badannya dengan ais. Kata zaujahnya, AMRI cukup terseksa dengan kepanasan itu. Ana syorkan untuk beli air-conditioner, namun AMRI nakkan air-cooler. Namun, apabila dah gunakan air-cooler tu, nyata tak cukup untuk cover kepanasan badannya. Mgkin lepas ni akan beli air cond.
Wassalam.
..............................
Aku terima juga emel dari Saudara Sayuti Basiron menceritakan keadaan ust.Aku kira, senior aku ni memang rapat dengan beliau.
..............................
Assalamu'alaikum,
Ikhwah Alumni,
Sedikit update, sejak Ahad 11-Nov keadaan Amri nampaknya amat berbeza dari sblm+slps raya baru2 ini. Beliau xtidor langsung, tahap resah amat sangat, xkeruan, berada dlm stress, air-coller terpaksa dipasang spjg masa sejak 2 hari sbb beliau rasa terlalu panas walau dlm rumah sejuk.
Blh dikatakan spjg masa samada isteri / mak / ayah / adik2 tpaksa sejukkan badan dengan ketulan ais, dan overall ana lihat dia in full state of un-conscious terhadap apa2 yg berlaku, disebabkan pelbagai arahan yg sentiasa tak menentut terhadap seluruh anggota keluarga yg menjaga beliau... Berat mata memandang berat lg yg memikul dan yg berada disampinganya. Yes, that is "normal" utk sesetengah pesakit cancer end-stage / kronik mcm beliau, memang ujian amat tinggi sebenarnya.
Hari ini Selasa 13-Nov sepatutnya beliau ke HKL utk susulan rawatan bulanan. Sahabat kita tengah bincang dgn doktor utk confirmkan keperluan untuk pergi atau tak, sebab keadaan beliau dah total weak, yg tinggal hanya tulang serta kulit shj (...ya betul, yg melekat pd tulang hanya sedikit kulit beliau shj lg..., dah tak ada apa2 dah!).
Insya Allah jika blh sahabat kita cuba bincangkan untuk dapatkan doktor tersebut datang ke rumah, dan jika dirasakan perlu untuk admission kita akan dapatkan ambulans swasta petang ini. Harap Bendahari Alumni standby utk sedikit bayaran (RM200 utk ringankan beban beliau (jika perlu juga utk pergi).
Pagi ini sahabat kita akan bincang dengan family beliau sama ada nak pergi atau tak. Kalau ikut ana, jika sekadar pergi jumpa doktor dan balik, rasanya dah tak perlu pergi dah, unless kalau doktor decide to get him admitted, wallahu'alam.
Untuk pengetahuan, memang lumrah, bagi mana-mana sahaja pesakit yg berhadapan dengan sakit-sakit yg bertempoh (terminal deseases), mereka amat memerlukan kekuatan & solongan utama yang perlu sangat wujud pd individu sekeliling yang menjaga beliau itu sendiri. Dalam hal Amri ana lihat alhamdulillah kesabaran yg amat tinggi pd wajah2 mak, ayah, isteri serta adik2 yg menjaga beliau.... bukan sekejap tapi dah 9 bulan!
Apa jua ketentuan Tuhan, itu hakNya, moga dipermudahkan segala urusan, dan ditentukan yg terbaik mengikut kehendakNya.
Ana dengar beberapa sahabat/ah yg akan berangkat ke Tanah Haram musim haji ini, selamat berangkat dan dianugerahkan amalan yg mabrur. Alangkah baik jika ikhwah dapat mendo'akan secara khusus untuk Saudara Amri ketika di Tanah Haram untuk diberikan ketabahan & kekuatan kepada individu sekeliling beliau untuk menghadapi ujian amat getir sedemikian.
Wallahu'alam.
.................................
Pagi ini, 17/11/2007, 6.54a.m, aku terima SMS dari no.tel yang aku tidak kenali.. "Al-Fatihah, TKP Ampang, Ust Amrillah Alimin telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.Jenazah beliau akan dibawa ke Jln 11A, Kg.melayu tambahan,Ampang, Syukran".Info SMS membuatku terkejut. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un.Allah lebih menyayangi ustaz. Aku terbayangkan perasaan isteri, anak dan ahli keluarga arwah (walau aku tidak mengenali mereka).Mereka adalah orang-orang yang sabar menghadapi dugaan Mu ya Allah. Ampunilah dosa-dosa mereka..
................................
Innalillahi wa Inna Ilaihi rojiuun...
Sent:Saturday, November 17, 2007 5:45:18 AM
Baru pulang dari urusan di HKL & rumah mentua Amrillah di Ampang, jenazah dah dibawa pulang, belum dimandi / kafan.
Pagi ini (Sabtu 17-Nov) akan di kebumikan di sana 10am, urusan oleh bapa mentua beliau sendiri yg menjadi Imam di Kg Melayu Tambahan. Maklumat ana tadi (i.e ... kebumikan subuh ini di Padang Balang) tak tepat + salah maklumat, sbb itu planning sebelum perbincangan. Maaf...
Sempat ajak beberapa pimpinan negeri/pusat + Eidit utk turun ziarah sekali tadi... Ana rasa hampir 50+ contact sahabat/ah (ex-HIUIAM) dlm hp ana dah sms-kan, sejak mula sakit hingga meninggal tadi. Tak pasti siapa yg dah ziarah atau sibuk. Bagi yg berkelapangan, harap sila ziarah pagi nanti.
Sejak masuk semula ke HKL 2 hari ini, keadaan beliau memang dah kritikal sgt, hatta doktor yg ana jumpa pun kata sebenarnya secara logik dah tak ada apa2 medically blh dibuat dah. Dan bermula semalam dia dah mula rasa sgt sakit the body, which meant the body itself has totally lost its durability anymore to work/function well. One by one part of the body gradually lost its functionality, sampailah degupan jantung terakhir. Doktor beri morfin tu pun just utk bagi tak sakit jer, bukan nak rawat apa dah.
Ikhwah nak tahu that is cancer namanya, being the no-2 killer in our modern life! The latest report produced by KKM shown that the current Malaysian' lifestyle would produce 7/10 (70%) (7 dari 10 org berumur 40 tahun keatas) of Malaysia adult could have any non-communicable deseases, sama ada sedar atau tak, and some with even terminal period (boleh diagak bila nak mati), termasuklah cancer being one of the main contributors. Dan kebanyakan penyakit ini apabila dikesan ia adalah rentetan daripada the past 10 years punya lifestyle.... Thus in another words, cara hidup kita tahun ini menentukan tahap kesihatan kita tahun 2017 nanti...
Ok sorry terleret-leret jauh pulak!
Sebanarnya sedih dengan pemergian beliau yg banyak berkorban dlm gerakan Islam sejak beliau kenal jamaah hingga yg terakhir program bulan Feb-2007 dulu..., walau sebenarnya beliau memegang jawatan dlm kerajaan etc etc, itu tak menjadi penghalang. Contribution beliau ramai yg tak sedar sebab lebih bergerak di belakang tabir sejak di UIA lagi.
Anyway alhamdulillah beliau mengadap Ilahi dengan naik & tenang, bersama keluarga di sisi. Jauzah ana beritahu keadaan isteri, mak+ayah beliau pun nampak amat tabah, sabar dan tenang (walau dalam hati Allah yg tahu). Tersentuh sgt hati melihat anak lelaki beliau yg tak mengerti apa2 tu, sampailah ana pulang tadi dok ulang sebut, "...tu abi tengah tidur...!"
Al Fatihah.....
p/s alamat: 27 Jln 11A Kg Melayu Tambahan, Ampang. (dari Jln Ampang masuk sebelah Public Bank, cari Jln Kempas...)
.........................................
Saya memohon maaf sekiranya kisah yang dipaparkan ini mengguris hati atau tidak disenangi oleh sahabat-sahabat.Sesungguhnya kisah ini begitu memberi kesan di hati ini. Semoga ia menjadi teladan kepada kita betapa kita perlu cakna tentang kesihatan kita dan keluarga. Sahabat-sahabat seniorku yang membantu dengan ikhlas saya amat kagumi dengan ketulusan hati kalian. Moga kalian di rahmati Allah dan diganjarkan pahala berganda di atas sumbangan yang diberikan. Saya hanya mampu membantu dan berdoa dari jauh.. !
Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Amrillah Alimin.
Faktor2 Yg Mempengaruhi Perkembangan Sahsiah Kanak-kanak
Keluarga merupakan pengasuh yang paling penting dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak. Ini disebabkan keluarga boleh dianggap sebagai kumpulan sosial yang pertama melingkungi kanak-kanak. Kanak-kanak menghabiskan masa bersama keluarganya lebih daripada kumpulan sosial luar yang lain. Kuat atau lemahnya pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak dapat digambarkan seperti berikut:
v Jika kanak-kanak hidup dengan dikritik, dia akan belajar membenci.
v Jika kanak-kanak hidup dalam perseteruan, dia akan belajar berkelahi.
v Jika kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi cemas atau bimbang.
v Jika kanak-kanak selalu diperli, dia belajar menjadi malu.
v Jika kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar menjadi sabar.
v Jika kanak-kanak selalu diberi galakan, dia belajar yakin dengan dirinya.
v Jika kanak-kanak selalu dipuji, dia belajar untuk menghargai.
v Jika kanak-kanak merasa dirinya diterima, dia belajar berkasih sayang
v Jika kanak-kanak mendapat layanan sama rata, dia belajar menghargai keadilan.
v Jika kanak-kanak hidup dengan kejujuran, dia belajar menghargai kebenaran.
v Jika kanak-kanak hidup dengan berasa selamat, dia belajar mempercayai dirinya dan orang lain.
v Jika kanak-kanak dikenali dan dihargai, dia akan mempunyai tujuan hidup.
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak banyak bergantung kepada sifat-sifat kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang selalu gelisah dan selalu dalam keadaan tegang, misalnya cepat berasa kecewa apabila ahli keluarga memberi perhatian yang lebih kepada adiknya yang baru lahir dibandingkan dengan kanak-kanak yang bersifat tenang. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sihat akan memberikan reaksi yang berlainan terhadap ibubapanya yang selalu melindungi dan memanjakannya dibandingkan dengan kanak-kanak yang lemah-lembut tetapi selalu sakit.
PENGARUH TADIKA
Keadaan Bilik Darjah
Kanak-kanak akan berasa gembira, selesa, suka bekerjasama dan bersemangat untuk belajar di dalam bilik darjah yang kemas, teratur dan dapat menimbulkan suasana untuk belajar. Keadaaan bilik darjah yang tidak kemas membuatkan kanak-kanak sentiasa berasa tegang, gelisah, suka bergaduh, nakal dan tidak berminat untuk belajar. Keadaan bilik darjah banyak bergantung di atas sikap guru terhadap kerja dan murid-muridnya.
Guru
Guru boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah kanak-kanak dengan menunjukkan teladan yang boleh diikuti mereka. Murid-murid akan menganggap gurunya sebagai pengganti ibu bapa mereka. Murid-murid lazimnya akan meniru tingkah laku guru, mengikut nasihatnya serta bimbingannya.
Disiplin
Disiplin yang dikenakan di sekolah juga mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Disiplin yang ketat akan membuatkan kanak-kanak selalu berasa tegang, gelisah, timbul rasa benci dan suka bermusuh. Disiplin yang permisif akan membuat kanak-kanak tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati peraturan. Sementara displin yang demokratik akan membuatkan kanak-kanak berasa dirinya penting, riang, suka bekerjasama dan percaya pada orang lain.
PENGARUH FIZIKAL
Keletihan
Keletihan menyebabkan kanak-kanak mudah tersinggung dan suka membantah dalam hubungannya dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.
Kekurangan makanan
Kanak-kanak yang kurang makan khususnya makanan yang berzat selalunya tidak aktif dan kurang bertenaga untuk bermain dengan rakan-rakannya. Kanak-kanak yang kurang aktif lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan selalu berduka.
Penyakit
Kanak-kanak yang selalu sakit mempunyai emosi yang tidak stabil, selalu berduka dan bersifat terlalu bergantung kepada orang lain.
Sumber: Dipetik daripada sebuah majalah tempatan
Anak Cergas Minda Cerdas
15 November 2007
Keputusan UPSR Hari Ini!
Apabila terdengar berita keputusan UPSR akan diumumkan pada hari ini, maka terbayanglah saya detik-detik cemas adik-adik kita yang menduduki peperiksaan tersebut beberapa bulan yang lalu. Ada yang seram sejuk, takut, gelisah dan bermacam-macam lagi perasaan apabila nak mengambil keputusan tersebut!
Saya difahamkan beberapa orang anak pimpinan PAS Pahang juga ada yang mendapat 5A dalam peperiksaan ini antaranya adik Iffatul Hannan Bt Hj.Nasrudin (anak Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang) dari Sek Ren Agama Al-Irsyad, Balok, Kuantan . Seramai 13 orang daripada 36 orang pelajar di Sek.Ren.Agama Al-Irsyad mendapat kejayaan yang cemerlang.
Sementara itu, adik Mukminah Aqilah Bt.Roslan (anak Timbalan Ketua Muslimat PAS Pahang) juga mencapai keputusan cemerlang 5A. Difahamkan seramai 10 orang pelajar di Sek.Keb Sungai Gau berjaya mendapat keputusan cemerlang, iaitu 5A dalam setiap subjek yang diduduki. Subjek tersebut ialah Bahasa Melayu (Kefahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Kecemerlangan di peringkat ini menjadi titik tolak kepada motivasi seseorang pelajar itu apabila usia mereka meningkat remaja. Apa tidaknya, faktor pemilihan sekolah, rakan sebaya dan tahap tarbiah yang diperolehi di sekolah amat penting! Di usia remaja, adik-adik ini mencari 'role model' mereka! Tersilap mencari 'role model', maka boleh tersasar ke landasan yang tidak diingini! Maka, walaupun mereka cemerlang di dalam peperiksaan, ibu bapa perlu membimbing mereka samada dari segi pemilihan sekolah berdasarkan prestasi kecemerlangan sekolah, (Sekolah Asrama Penuh @ Sekolah Agama @ Sekolah Harian Biasa) mahupun faktor-faktor lain yang walaupun nampak enteng, tapi penting untuk dinilai!
Tahniah saya ucapkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang cemerlang dalam UPSR kali ini dan kepada adik-adik yang tidak berjaya meraih kejayaan cemerlang, jangan putus asa, PMR dan SPM masih sedia menanti (sekiranya berumur panjang dan sekiranya peperiksaan tersebut tidak dimansuhkan lagi pada tahun-tahun mendatang).
Ujian Allah itu tanda Dia mengingati dan menyayangi kita! Bersabarlah!
13 November 2007
Lebih 100,000 Sertai Perhimpunan BERSIH!
12 November 2007
Kerajaan PAS Menerajui Perubahan
Fikir-fikirkanlah Rakyat Pahang dan bulatkan tekad, di dalam PRU ke 12, tunjukkan pintu keluar untuk Barisan Nasional. Berilah peluang kepada Barisan Alternatif untuk membuat perubahan untuk kita semua
Antara perubahan yang telah diterajui oleh Parti PAS di Kelantan:
- Pembangunan Insan (Bulan Sembahyang)
- Cuti 2 hari seminggu
- Cuti Bersalin 60 hari
- Pinjaman Tanpa Riba
- Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn)
- Rumah Rakyat 3 Bilik
- Menutup Premis Perjudian
- Iklan Wanita Menutup Aurat
- Maahad Tahfiz Sains Islam Pertama
- Kota Bharu Bandaraya Islam Pertama
- Skim Takaful Warga Emas & Ibu Tunggal Percuma
- Memperkenalkan Penggunaan Dinar Emas
- dan banyak lagi....
Penjenayah Semakin Berani
JOHOR BAHRU: "Jika kereta anda diketuk atau dilanggar di tempat gelap, jangan berhenti sebaliknya terus ke balai polis," itulah pesanan seorang mangsa samun, Lee Hsien, 45, supaya orang ramai tidak menjadi mangsa seperti dirinya. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Ahad lalu, Lee yang memandu bersendirian di Susur 4, Jalan Tun Abdul Razak, di sini, tiba-tiba terdengar bunyi bahagian belakang sebelah kiri keretanya diketuk. Katanya, apabila melihat cermin sisi dia mendapati dua motosikal, masing-masing sebuah di kiri dan kanan dengan pembonceng dan penunggang. "Ketika itu, saya melihat penunggang motosikal di sebelah kiri dan dia menunjukkan isyarat meminta saya berhenti.
"Bagaimanapun, apabila saya memandu ke sisi jalan lelaki itu kemudiannya menunjukkan isyarat supaya saya terus bergerak, mungkin disebabkan terdapat kereta lain di belakang saya.
"Saya meneruskan perjalanan namun apabila ingin membelok ke Jalan Yahya Awal, penunggang motosikal itu bersama pemboncengnya memintas kereta saya dan terus memberhentikan kenderaannya di hadapan kereta saya. "Saya terkejut dengan kelakuannya itu dan menurunkan tingkap, penunggang berkenaan menghampiri saya manakala rakannya mengekorinya bersama besi berbentuk U," katanya.Menurutnya, lelaki berkenaan kemudiannya bertanya 'awak dari mana?' dan apabila dia menjawab dari pusat bandar, lelaki itu terus mematikan enjin kenderaannya. Katanya, ketika itu sebuah motosikal lain dengan pembonceng dan penunggang tiba-tiba menghampirinya dan dua lelaki berkenaan terus turun dari motosikal dan seorang daripada mereka memukulnya menggunakan topi keledar. "Saya dipukul kira-kira enam kali di muka hingga muka berlumuran darah disebabkan kelopak mata koyak.
Lelaki yang memberhentikan motosikal di hadapan kereta saya itu kemudiannya menahan dua lelaki daripada terus memukul saya dan meminta saya menyerahkan semua wang kepadanya. "Kebetulan, saya yang dalam perjalanan membayar kad kredit membawa RM1,300 dan terus menyerahkan wang itu kepadanya bersama telefon bimbit, kad kredit serta lesen memandu," katanya.Menurutnya, empat lelaki itu melarikan diri manakala dia yang juga ahli St John Ambulans daerah ini cuba menghentikan pendarahan di matanya sebelum memandu ke rumah seorang rakan di Jalan Trus, di sini. Katanya, rakannya itu kemudiannya membawanya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan dan dia perlu mendapatkan kira-kira 10 jahitan akibat hentakan berulang kali menggunakan topi keledar.
"Saya membuat laporan polis di Balai Polis Sentral, di sini. Saya berharap orang ramai akan lebih berhati-hati sekiranya kereta mereka diketuk lelaki tidak dikenali, bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya.
09 November 2007
Rahsia Bisnes Orang Jepun
Orang Jepun terkenal dengan budaya Keisan ataupun 'gila kerja'. Budaya inilah yang membantu mereka berjaya dalam bisnes. Kunci kejayaan mereka ialah keinginan yang tinggi bagi memperbaiki diri dan pencapaiannya. Konsep keisan yang bermakna pembaharuan secara berterusan dalam budaya kerja mereka meliputi ciptaan baru,idea baru, produk baru dan cara hidup yang baru.Bagi melakukan pembaharuan, mereka perlu sentiasa bersikap kreatif,inovatif dan produktif.Mereka percaya dengan berimaginasi semata-mata tidak dapat menghasilkan idea dan ciptaan yang baru. Oleh sebab itu, mereka melakukan perbincangan secara berkumpulan dan setiap individu berpeluang melontarkan idea dan pandangan mereka dengan bebas, tanpa sekatan.
Dalam organisasi Jepun, setiap anggota sama ada pada peringkat bawahan, pertengahan ataupun atasan mempunyai peranan dan kepentingan yang serupa. Organisasi Jepun tidak menghargai individu ataupun pekerja yang berlagak dan mementingkan diri. Pada mereka, kejayaan sesebuah organisasi tidak boleh dianggap sebagai kejayaan individu, tetapi hasil daripada kerjasama yang kolektif. Bagi orang Jepun, perundingan dan perbincangan bukannya bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik. Ia sebaliknya melibatkan orang lain dalam perkara yang hendak dibincangkan.Hubungan antara setiap anggota tanpa mengira kira jawatan dan kedudukan adalah rapat dan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Bayangkanlah, pegawai atasan di pejabat pun duduk sebaris dengan pekerja bawahan atau sebelah menyebelah meja masing-masing. Di Malaysia, seorang 'bos' mesti ada biliknya sendiri.Bercakap dengan pekerja pun jika ada tugas yang hendak diberikan kepada pekerja.Kalau tidak, kau buat kerja kau, aku buat kerja aku!
Sebagai contoh, Rahsia Kejayaan Matsushita
- Mengamalkan seni pengurusan melalui komunikasi daripada bawah ke atas
- Tidak mengikut strategi pemasaran yang konvensional
- Tidak menggunakan nama syarikat sebagai jenamanya
- Memberikan pengedarnya sumber dana
- Strategi pemasaran produk pada harga yang rendah.
Masih banyak yang perlu dipelajari oleh kita tentang masyarakat Jepun dan cara kerja mereka. Selama lebih seratus tahun , Jepun adalah sebuah negara yang paling banyak meniru dari negara luar.Namun kini, negara luar pula meniru dan cuba belajar dari Jepun berkenaan rahsia serta kejayaannya muncul sebagai kuasa besar ekonomi dunia Siapapun tidak menduga, bangsa yang tidak mempunyai fizikal yang besar dapat mengalahkan orang barat yang dikatakan lebih maju dan bertamadun.Tidak salah untuk kita meniru perkara yang positif asalkan impak yang kita dapat juga memberi kebaikan kepada diri,masyarakat dan negara kita.
Kita Boleh jika kita mahu! Malaysia kan Boleh!