Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memanggil sidang akhbar terkejut pada jam 12.30 tengahari ini dan dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen.
Hanya semalam, Abdullah menolak spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen hari ini.
Hanya semalam, Abdullah menolak spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen hari ini.
"Bukan, bukan esok," kata Perdana Menteri kepada wartawan semalam.
Dan hari ini, beliau memanggil sidang akhbar di pejabatnya, dan sekaligus mencetuskan spekulasi beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen.
Demam pilihanraya sudahpun bermula sejak awal tahun ini ekoran ramalan para pemerhati politik dan juga ahli-ahli politik bahawa pilihanraya umum akan didadakan bulan depan.
Penganalisa politik dan pihak media juga meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada 13 Februari (hari ini) kerana 13 merupakan nombor kegemaran Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment