Temerloh, 15 Feb - PAS Negeri Pahang akan terus komited menjaga kebajikan rakyat walaupun yang meminta bantuan adalah bukan dari ahli pertubuhan politik ini, kata Pengurus Dana Takwa PAS Pahang, Puan Azie Abd Aziz. Menurutnya, Walaupun Parti PAS bukanlah parti yang menang dalam Pilihanraya Umum ke-11 yang lalu, tetapi pejabat Perhubungan Negeri selalu saja dikunjungi oleh orang awam yang terpaksa memohon sumbangan kecemasan daripada parti.
Apabila dijelaskan kepada orang awam ini bahawasanya mereka perlu memohon sumbangan daripada orang yang bertanggungjawab, iaitu ADUN Kuala Semantan. Apa yang mereka jawab, amat mengecewakan, iaitu mereka hanya dimarahi oleh bekas ADUN BN terbabit kerana 'hanya tahu meminta' , 'tidak berusaha', sedangkan apalah salahnya kalau mereka ini dibantu paling tidakpun memberi panduan untuk memohon di mana-mana pejabat yang berotoriti!
Sementara itu, bapa kepada Nurul Shahirah, En. Shamsudin Bin Abdul Rahman serta isteri, Pn.Norhayati Binti Abd Karim yang menetap di No.20, Jalan Triang, Temerloh, merayu memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai yang bersimpati dengan anaknya Nurul Shahirah, yang dikesan mengidap tumor otak dua bulan lepas dan perlu menjalani rawatan kemoterapi secepat mungkin untuk mengelak daripada tumor itu merebak.Menurut ibunya, Nurul Shahirah akan menyambut hari lahirnya yang ke-4 pada 19/2/2008 nanti.
En.Shamsudin, 39, yang datang ke pejabat Perhubungan PAS untuk memohon sumbangan kecemasan ini berkata, dia telah pergi ke pejabat ADUN Semantan tersebut, tetapi amat kecewa kerana hanya diberikan RM10 sahaja sedangkan bil rawatan yang perlu dilangsaikan untuk mendapat Laporan Perubatan dari Hospital Kuala Lumpur itu hampir mencecah RM400. Menurut beliau, dia kecewa dengan sikap bekas YB tersebut dan terus datang ke pejabat perhubungan Pas Pahang. Menurutnya lagi, dia bukan tidak berusaha, tetapi dengan keadaan dirinya yang cacat penglihatan mata kanan itu menyebabkan banyak kali dia dibuang kerja oleh majikan dan sekarang hanya menyara hidup ahli keluarganya dengan bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak tetap dan tidak seberapa.
Kepada orang ramai yang ingin membantu Nurul Shahirah, salurkan bantuan anda melalui akaun Public Bank ibunya, Norhayati Binti Abd Karim, No.Akaun : 4-8554403-06. Boleh juga berhubung dengan En.Shamsudin sendiri di talian 017-919 8348 untuk maklumat lanjut.