Salam kepada semua pembaca,
1 Muharam 1429H (8.30pagi).
Sesudah selesai solat, pagi-pagi lagi saya membimbit beg yg berisi laptop ke tempat yg selalu saya mengakses internet di kala cuti umum begini di rumah, di mana lagi kalau tak di ruang tamu rumah saya! Tujuan utama, sebelum anak saya(Fawwaz Alfie) bangun, saya ingin menaip sepatah dua titipan di blog saya ni. Sejak banjir melanda rumah saya hampir sebulan yang lepas(10/12/2007), saya amat sibuk untuk menulis kembali..
Tidak menjangka banjir yang melanda Pahang bulan Disember yang lepas adalah banjir yang terburuk pernah saya alami seusai saya hidup di dunia ni. Itupun tidak seteruk ditempat lain!Mak mentua saya pernah bercerita, semasa tahun 1971(masa tu saya pun belum dilahirkan lagi), rumah yang saya duduki ni pernah dihanyutkan oleh air bah tahun tersebut! Waw! fikir saya, mana nak lari kalau banjir sebesar tu nanti? Teringat kisah Nabi Nuh dan pengikut-pengikut yang beriman dengan Agama Allah, menyelamatkan diri dari bah besar! Orang-orang yang engkar mempercayai ajarannya, semuanya mati lemas..
Bersyukur saya dan keluarga masih selamat walaupun banjir menenggelamkan dapur rumah, Alhamdulillah sebahagian barang2 sempat diselamatkan!Suami tercinta mengingatkan, "cuba ingat mangsa tsunami, lebih teruk dari keadaan yang kita alami". Insaf saya seketika! Kebetulan, ahli-ahli Nisa' Temerloh sudi menghulurkan bantuan membersihkan barangan yang diselaputi lumpur banjir.Hampir 10 orang ahli Nisa' Temerloh datang ke rumah saya pada cuti tahun baru 2008 yang lepas, membantu membersihkan pinggan mangkuk,tilam, yang tenggelam dalam air bah. Kalau ikutkan kudrat saya yang ada, bukan tidak boleh buat tapi beransur-ansur.Terima kasih semua dan Thank You Allah!
Tahun Baru Hijrah 1429 ni saya berazam untuk bekerja keras memperbaiki amalan dan ibadat saya yang amat sedikit ini..Semalam (di pejabat) saya didatangi sebuah keluarga yang susah di pejabat meminta bantuan dan sumbangan. Malangnya, saya tidak dapat membantu dek kerana peruntukan dana kebajikan sudah habis diberikan kepada mangsa banjir.Itu alasan bos! Tapi yang sebenarnya, si peminta sudah selalu sangat memohon sumbangan di pejabat dan kami sudah agak jelak dengan perangai si suami yang malas bekerja!Tup-tup semalam, muncul lagi dia, mohon sumbangan untuk adik perempuannya pula! Kenapa mereka ni datang ke Pejabat Pas memohon sumbangan? Kenapa tidak ke Jabatan Kebajikan Masyarakat saje?Bukan kami tidak mahu membantu, tapi al maklum sajelah, kami mana dapat peruntukan dari kementerian yang berkenaan untuk jaga kebajikan masyarakat!JKM lah yang sepatutnya membantu mereka ni.. Dengan perasaan hampa, mereka meninggalkan saya.., kalau tak nak menyumbang, tak payah lah naik (ke pejabat) tadi, sungutnya! Fikir saya, beginikah masyarakat Melayu yang selalu sangat nak mudah dan senang!Semuanya nak subsidi..Inilah didikan kerajaan BN yang ada sekarang kepada masyarakat Melayu..!Subsidi,subsidi,subsidi...
Dalam hati kecil saya, saya masih mengasihani adik perempuan si peminta tersebut. Saya ingin membantu, tetapi saya tidak mampu. Apa yang mampu saya buat, saya terus menelefon Ustazah Azizah Khatib Mat (Ketua Muslimat Maran) -kerana adik perempuan si peminta tersebut duduk di Daerah Chenur, kawasan Maran, menceritakan peristiwa yang berlaku dan meminta beliau mengambil tindakan yang seterusnya.. Beliau berjanji akan meminta orang menyiasat dan membantu adik perempuan si peminta tersebut! Alhamdulillah, lega hati saya.
Saya bayangkan bagaimanala kalau saya berada di tempat mereka!Sungguh kasihan!
Dalam minda, saya sudah merangka beberapa perkara yang perlu diusulkan kepada majikan dan Nisa' Temerloh untuk dilaksanakan.Tunggulah dalam mesyuarat yang akan datang. Selain sibuk mengumpul dana pilihanraya untuk kegunaan kawasan2, saya ada satu misi lagi yang perlu dibuat tahun baru ini.. Dana & Aktiviti Kebajikan Untuk Semua..
Salam Tahun Baru 1429H & Tahun Baru 2008. Semoga kita sentiasa di rahmati ALLAH.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment