23 January 2008

Kemudahan Membayar Zakat pada Zaman Rasulullah S.A.W & Para Sahabat

Pengurusan zakat amat berkait rapat dengan urusan pemerintah.Ini kerana, amil (satu cabang pekerjaan) merupakan salah satu asnaf di dalam pengagihan dana zakat. Cuba lihat Firman Allah S.W.T dalam Surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud, "Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus zakat (amil)..."

Dalam ayat yang lainiaitu surah at-Taubah ayat 60 yang bermaksud, "Ambillah sebahagian harta mereka sebagai zakat untuk membersihkan dan menyucikan mereka... Perkataan 'ambillah' adalah satu kata suruhan, bermakna golongan yang berkuasa atau dalam konteks lebih khusus, hanya pemerintah yang berhak mengambil harta zakat melalui perantaraan para amil yang dilantik oleh pemerintah Islam itu sendiri.

Rasulullah S.A.W sendiri telah mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman untuk memungut zakat.Baginda mengarahkan Muadz mengambil zakat daripada golongan kaya untuk diagihkan kepada golongan miskin. Oleh itu, jelas kepada kita bahawa pemerintah Islam bertanggungjawab menguruskan zakat dengan melantik amil yang terdiri daripada orang yang layak. Amalan melantik amil ini diteruskan oleh khalifah Islam seterusnya.

Di dalam proses memungut zakat ini kita lihat baginda Rasulullah S.A.W menggunakan pelbagai mekanisme untuk memudahkan pembayaran zakat. Ketika Saidina Umar al-Khattab memungut zakat daripada Ibn Abbas, Ibn Abbas menyatakan beliau telah membayar untuk dua tahun terkehadapan (mendahului haul). Saidina Umar kembali dan merujuk semula kepada RasulullahS.A.W dan baginda mengakuinya. Ini menunjukkan pembayaran zakat boleh disesuaikan mengikut kesesuaian dan apa yang penting pembayar tidak melewat-lewatkan pembayaran.

Riwayat lain yang juga boleh diambil iktibar ialah Muadz diriwayatkan berkata kepada para penduduk Yaman, "Bayarlah kepadaku (zakat) walau dalam bentuk panah atau pakaian. Ia lebih ringan bagi kamu (memudahkan) dan berfaedah bagi Muhajirin di Madinah."

Iktibar yang boleh kita ambil di sini ialah Muadz selaku amil pada masa itu berusaha untuk memudahkan pembayaran zakat yang perlu ditunaikan. Amil juga boleh mempelbagaikan kaedah pembayaran bagi memudahkan si pembayar.

15 January 2008

Kisah Kehidupan Presiden Iran…









Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad"Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?

"Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.
Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya.

Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitang an di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

14 January 2008

Cahayamata Solehah....Selamat Datang ke Dunia Fana'




Tanggal 1 Muharram 1429H yang lepas, bersamaan 10 Januari 2008, lahirlah seorang puteri seberat 2.6kg di Hospital Temerloh, selepas bondanya bertarung nyawa selama hampir 7 jam untuk melahirkannya. Itulah dia puteri kepada pasangan Ustaz Fathi & Ustazah Faezah.
Selepas mengetahui berita gembira tersebut(itupun selepas 2 hari), saya dan beberapa orang sahabat Nisa' Temerloh yang lain terus menziarahi beliau di hospital setelah selesai Mesyuarat Nisa'.Kebetulan pula, kakak2 beliau yang saya kenali ada ketika itu.Apa lagi, riuh lah wad Kenanga 2, katil No.8 dengan gelagat lucu kakak beliau yang saya kenali sebagai Kak Su.
Walaupun kelahiran yang kedua ini juga melalui proses pembedahan, Kak Faez tetap gembira dan berdoa anak puterinya itu akan menjadi anak yang solehah kepada umi dan abinya.
Tahniah!

10 January 2008

Membuka Tabir 1429 Hijrah, Selamat Tahun Baru!






Salam kepada semua pembaca,


1 Muharam 1429H (8.30pagi).

Sesudah selesai solat, pagi-pagi lagi saya membimbit beg yg berisi laptop ke tempat yg selalu saya mengakses internet di kala cuti umum begini di rumah, di mana lagi kalau tak di ruang tamu rumah saya! Tujuan utama, sebelum anak saya(Fawwaz Alfie) bangun, saya ingin menaip sepatah dua titipan di blog saya ni. Sejak banjir melanda rumah saya hampir sebulan yang lepas(10/12/2007), saya amat sibuk untuk menulis kembali..

Tidak menjangka banjir yang melanda Pahang bulan Disember yang lepas adalah banjir yang terburuk pernah saya alami seusai saya hidup di dunia ni. Itupun tidak seteruk ditempat lain!Mak mentua saya pernah bercerita, semasa tahun 1971(masa tu saya pun belum dilahirkan lagi), rumah yang saya duduki ni pernah dihanyutkan oleh air bah tahun tersebut! Waw! fikir saya, mana nak lari kalau banjir sebesar tu nanti? Teringat kisah Nabi Nuh dan pengikut-pengikut yang beriman dengan Agama Allah, menyelamatkan diri dari bah besar! Orang-orang yang engkar mempercayai ajarannya, semuanya mati lemas..


Bersyukur saya dan keluarga masih selamat walaupun banjir menenggelamkan dapur rumah, Alhamdulillah sebahagian barang2 sempat diselamatkan!Suami tercinta mengingatkan, "cuba ingat mangsa tsunami, lebih teruk dari keadaan yang kita alami". Insaf saya seketika! Kebetulan, ahli-ahli Nisa' Temerloh sudi menghulurkan bantuan membersihkan barangan yang diselaputi lumpur banjir.Hampir 10 orang ahli Nisa' Temerloh datang ke rumah saya pada cuti tahun baru 2008 yang lepas, membantu membersihkan pinggan mangkuk,tilam, yang tenggelam dalam air bah. Kalau ikutkan kudrat saya yang ada, bukan tidak boleh buat tapi beransur-ansur.Terima kasih semua dan Thank You Allah!


Tahun Baru Hijrah 1429 ni saya berazam untuk bekerja keras memperbaiki amalan dan ibadat saya yang amat sedikit ini..Semalam (di pejabat) saya didatangi sebuah keluarga yang susah di pejabat meminta bantuan dan sumbangan. Malangnya, saya tidak dapat membantu dek kerana peruntukan dana kebajikan sudah habis diberikan kepada mangsa banjir.Itu alasan bos! Tapi yang sebenarnya, si peminta sudah selalu sangat memohon sumbangan di pejabat dan kami sudah agak jelak dengan perangai si suami yang malas bekerja!Tup-tup semalam, muncul lagi dia, mohon sumbangan untuk adik perempuannya pula! Kenapa mereka ni datang ke Pejabat Pas memohon sumbangan? Kenapa tidak ke Jabatan Kebajikan Masyarakat saje?Bukan kami tidak mahu membantu, tapi al maklum sajelah, kami mana dapat peruntukan dari kementerian yang berkenaan untuk jaga kebajikan masyarakat!JKM lah yang sepatutnya membantu mereka ni.. Dengan perasaan hampa, mereka meninggalkan saya.., kalau tak nak menyumbang, tak payah lah naik (ke pejabat) tadi, sungutnya! Fikir saya, beginikah masyarakat Melayu yang selalu sangat nak mudah dan senang!Semuanya nak subsidi..Inilah didikan kerajaan BN yang ada sekarang kepada masyarakat Melayu..!Subsidi,subsidi,subsidi...


Dalam hati kecil saya, saya masih mengasihani adik perempuan si peminta tersebut. Saya ingin membantu, tetapi saya tidak mampu. Apa yang mampu saya buat, saya terus menelefon Ustazah Azizah Khatib Mat (Ketua Muslimat Maran) -kerana adik perempuan si peminta tersebut duduk di Daerah Chenur, kawasan Maran, menceritakan peristiwa yang berlaku dan meminta beliau mengambil tindakan yang seterusnya.. Beliau berjanji akan meminta orang menyiasat dan membantu adik perempuan si peminta tersebut! Alhamdulillah, lega hati saya.

Saya bayangkan bagaimanala kalau saya berada di tempat mereka!Sungguh kasihan!


Dalam minda, saya sudah merangka beberapa perkara yang perlu diusulkan kepada majikan dan Nisa' Temerloh untuk dilaksanakan.Tunggulah dalam mesyuarat yang akan datang. Selain sibuk mengumpul dana pilihanraya untuk kegunaan kawasan2, saya ada satu misi lagi yang perlu dibuat tahun baru ini.. Dana & Aktiviti Kebajikan Untuk Semua..


Salam Tahun Baru 1429H & Tahun Baru 2008. Semoga kita sentiasa di rahmati ALLAH.


Wassalam.