Tanggal 13 Ramadhan 1428H, hari yang bersejarah buat diri saya kerana telah berjaya membina blog ini. Satu perubahan yang positif telah saya buat setelah bertahun-tahun mengimpikan idea dan buah fikiran ini dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat, paling tidak saya berjaya akhirnya(walaupun sebagai amatur dalam bidang ini)!
Teringat saya semasa di alam persekolahan, pakar motivasi yang mengadakan program di sekolah dulu pernah menyatakan "For things to change, you must change first".Saya pegang dan sematkan dalam hati sehingga saya berjaya menjejakkan kaki ke IPT pada 1997. Satu perubahan yang perlu diintegrasikan dari segi sikap dan sifat diri.Memang sukar, tapi Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya!
Kini, hampir 10 tahun berlalu.. sekali lagi saya terjumpa frasa ini - Jom Buat Perubahan. Ajakan untuk membuat perubahan diri baik dari segi fizikal,mental,spritual dan intelektual juga dari segi sosial, ekonomi dan politik.Terpulanglah kepada kita menentukan tahap perubahan yang perlu pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta negara kita yang tercinta!Yang pasti, tanpa perubahan dalam hidup kita umpama hidup tanpa warna-warni, lesu dan tidak bermaya!
No comments:
Post a Comment