27 September 2007

Apa Peranan papan tanda MPT ni?


Apa peranan papan tanda milik MPT ni sebenarnya? Sebelum sambut hari Kemerdekaan yang ke-50 yang lepas, bukan main lagi bersungguh-sungguh memasang papan tanda tersebut!
Antara lain papan tanda tersebut memaparkan tulisan seperti "Bersopan santun amalan mulia" dan banyak lagilah, tetapi apa yang anda saksikan sekarang di dalam gambar di sebelah, banyak kain rentang iklan yang dah hampir 2 bulan masih belum diturun-turunkan lagi?
Persoalannya, berapa lama tempoh bagi sesebuah syarikat perniagaan tu boleh merentangkan kain rentang mereka/banner mereka di tempat awam / yang dimiliki oleh MPT (Majlis Perbandaran Temerloh)? Kalau selama-lamanya, syarikat lain takde peluang la ye nak mempromosikan program atau kedai mereka? Cuba lihat betul-betul, takde program yang penting sangat pun kat kain rentang tu! Cubalah 'update' dan 'upgrade' sikit papan tanda tu!Sakitlah mata memandang!

No comments: