Pada 19 Ogos 2007 yang lalu, penulis berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan saudara sepupu di Machang, Kelantan.Apa yang mengembirakan penulis, rupa-rupanya pengantin lelaki itu adalah abang kepada rakan sekolah penulis yang sudah lama kami terputus hubungan.Rakan penulis tersebut ialah Puan Nurul Naqiah, seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah di Ipoh Perak.Semoga pertemuan kami akan mengeratkan ikatan persahabatan yang hampir 10 tahun terputus ini... Nurul, kenangan di SM Hamzah sentiasa di ingatan saya!
28 September 2007
27 September 2007
Apa Peranan papan tanda MPT ni?
Apa peranan papan tanda milik MPT ni sebenarnya? Sebelum sambut hari Kemerdekaan yang ke-50 yang lepas, bukan main lagi bersungguh-sungguh memasang papan tanda tersebut!
Antara lain papan tanda tersebut memaparkan tulisan seperti "Bersopan santun amalan mulia" dan banyak lagilah, tetapi apa yang anda saksikan sekarang di dalam gambar di sebelah, banyak kain rentang iklan yang dah hampir 2 bulan masih belum diturun-turunkan lagi?
Persoalannya, berapa lama tempoh bagi sesebuah syarikat perniagaan tu boleh merentangkan kain rentang mereka/banner mereka di tempat awam / yang dimiliki oleh MPT (Majlis Perbandaran Temerloh)? Kalau selama-lamanya, syarikat lain takde peluang la ye nak mempromosikan program atau kedai mereka? Cuba lihat betul-betul, takde program yang penting sangat pun kat kain rentang tu! Cubalah 'update' dan 'upgrade' sikit papan tanda tu!Sakitlah mata memandang!
Subscribe to:
Posts (Atom)