Kelebihan Ramadhan
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang menpunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Syaaban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan juga ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

- Abu Hurairah R.A meriwayatkan, telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis Sohih Bukhari & Muslim).
- Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S A W telah bersabda yang bermaksud, " Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosa yang telah lalu. ( Riwayat Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban & Baihaqi).
Rahsia Ibadah Puasa
Umat Islam yang bertaqwa menjaga kualiti ibadat puasanya agar ia diterima oleh Allah S.W.T.Kita tidak mahu menunaikan ibadat semata-mata menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sahaja sedangkan anggota lain seperti hati,mata,lidah dan telinga terus bergelumang dengan maksiat yang menggugat kesempurnaan ibadat puasa itu sendiri.
Ingatlah kita kepada peringatan Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Betapa ramai orang yang berpuasa yang tiada baginya daripada hasil puasanya melainkan lapar dan dahaga".
Senarai semak Perkara yang dilakukan pada bualan Ramadhan:
1. Berdoa pada awal malam Ramadhan supaya dapat melaksanakan puasa dengan sempurna.
2. Bersolat Tarawikh dan Witir pada waktu malam.
3. Tadarus Al-Quran
4. Banyakkan bersedekah
5. Banyakkan ibadat khususnya pada malam yang ke-21 hingga 30.
6. Mengerjakan umrah, pahalanya satu umrah dalam bulan ini bersamaan satu kali menunaikan haji.
7. Mengeluarkan zakat fitrah.

No comments:
Post a Comment