Salam pertemuan.
Sudah agak terlewat untuk jemari ini menitipkan ucapan tahniah kepada mantan Bendahari Nisa' Temerloh,Fahimah Bt Simat 24 tahun yang telah melangsungkan perkahwinannya bersama pasangannya Mohd Jazran Zainudin (31 tahun) pada 1 Disember 2007 yg lepas. Walaupun demikian, saya amat gembira kerana pada hari perkahwinan beliau, suasana cukup meriah di samping cuaca yang terang benderang serta dapat berkenal mesra dengan saudara mara beliau. (Risau juga dibuatnya jika hujan tidak berhenti-henti.Maklumlah, sudah masuk musim tengkujuh! Tetapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar).
Seawal pagi lagi pengantin perempuan sudah bersiap dengan pakaian pengantin serba hijau epal. Yang menjadi kebanggannya, semua peralatan untuk perkahwinan beliau iaitu dari baju pengantin sehinggalah perhiasan bilik dan barangan hantaran dibuat sendiri dan dijahit sendiri. (Memang Imah ni pandai menjahit dan mengambil upah menjahit baju!). Jimatlah bajet..
Nisa' Temerloh mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Imah dan Jazran.Didoakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Ucapan terima kasih juga di atas jasa dan sumbangan yang diberikan semasa memegang jawatan sebagai bendahari Nisa' Temerloh. Moga perjuangan diteruskan walaupun berada jauh di negeri orang.
No comments:
Post a Comment