11 December 2007

Sungai Pahang & Semantan Naik Mendadak!

Gambar 1: Tinggal beberapa meter saja lagi air sungai Pahang
mencecah ke jalanraya.


Gambar 2&3 : Jeti di Taman Espalanade Temerloh tenggelam!

Gambar 4: Pemandangan Sungai Pahang di musim tengkujuh.
Musim Tengkujuh tiba lagi..

Hujan yang turun tidak berhenti-henti sejak 3 hari lalu menyebabkan air sungai Pahang dan Sungai Semantan mula naik mendadak sehingga menenggelamkan beberapa buah kampung di kawasan Temerloh ini seperti Kg.Paya Kechik, Kg.Songsang, Kg Teluk Ira dan banyak lagi terutamanya kampung yang berhampiran dengan Sungai Pahang. Menurut maklumat yang diperolehi, beberapa buah Tanah Rancangan Felda seperti di Bandar Pusat Jengka dan Jengka 17 juga turut ditenggelami bah pada tahun ini.
Tengahari tadi, Skuad Nisa' Pahang berpeluang meninjau keadaan sungai Pahang dan Sungai Semantan yang mula naik apabila keadaan hujan yang berterusan selama beberapa hari di daerah ini. Beberapa orang kakitangan Badan Perhubungan di sini juga tidak dapat hadir kerana jalan-jalan menuju ke bandar Temerloh telah ditutup untuk keselamatan awam.
Skuad Nisa' Temerloh menasihati penduduk di kawasan Temerloh supaya mengawasi keadaan anak-anak dan keluarga mereka supaya tidak menjadi antara statistik mangsa banjir pada tahun ini yang setakat pagi tadi (11/12/07) telah mengorbankan seramai 9 orang di seluruh negara. Sekiranya terdapat arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah, maka jangan engkari, jika tidak mahu menyesal di kemudian hari.
















Selamat Pengantin Baru kepada Mantan Bendahari Nisa' Temerloh






Salam pertemuan.


Sudah agak terlewat untuk jemari ini menitipkan ucapan tahniah kepada mantan Bendahari Nisa' Temerloh,Fahimah Bt Simat 24 tahun yang telah melangsungkan perkahwinannya bersama pasangannya Mohd Jazran Zainudin (31 tahun) pada 1 Disember 2007 yg lepas. Walaupun demikian, saya amat gembira kerana pada hari perkahwinan beliau, suasana cukup meriah di samping cuaca yang terang benderang serta dapat berkenal mesra dengan saudara mara beliau. (Risau juga dibuatnya jika hujan tidak berhenti-henti.Maklumlah, sudah masuk musim tengkujuh! Tetapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar).
Seawal pagi lagi pengantin perempuan sudah bersiap dengan pakaian pengantin serba hijau epal. Yang menjadi kebanggannya, semua peralatan untuk perkahwinan beliau iaitu dari baju pengantin sehinggalah perhiasan bilik dan barangan hantaran dibuat sendiri dan dijahit sendiri. (Memang Imah ni pandai menjahit dan mengambil upah menjahit baju!). Jimatlah bajet..
Nisa' Temerloh mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Imah dan Jazran.Didoakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Ucapan terima kasih juga di atas jasa dan sumbangan yang diberikan semasa memegang jawatan sebagai bendahari Nisa' Temerloh. Moga perjuangan diteruskan walaupun berada jauh di negeri orang.