17 September 2008

Anda Penggemar Kangkung?

Oleh DR. NORNI ABDULLAH
Psychiatrist
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang

ImageJika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dan lain-lain yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut di tan ya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.

Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea (cirit birit), malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apa pun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah ba tan gnya. Lintah yang berada di dalam ba tan g kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersihkan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak atau makan kangkung. .

(Dipetik dalam Sidangonline.net)

Ahlan Ya Ramadhan 1429H

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang menpunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Syaaban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan juga ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
  1. Abu Hurairah R.A meriwayatkan, telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis Sohih Bukhari & Muslim).
  2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S A W telah bersabda yang bermaksud, " Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosa yang telah lalu. ( Riwayat Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban & Baihaqi).
Rahsia Ibadah Puasa

Umat Islam yang bertaqwa menjaga kualiti ibadat puasanya agar ia diterima oleh Allah S.W.T.Kita tidak mahu menunaikan ibadat semata-mata menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sahaja sedangkan anggota lain seperti hati,mata,lidah dan telinga terus bergelumang dengan maksiat yang menggugat kesempurnaan ibadat puasa itu sendiri.

Ingatlah kita kepada peringatan Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Betapa ramai orang yang berpuasa yang tiada baginya daripada hasil puasanya melainkan lapar dan dahaga".

Senarai semak Perkara yang dilakukan pada bualan Ramadhan:

1. Berdoa pada awal malam Ramadhan supaya dapat melaksanakan puasa dengan sempurna.
2. Bersolat Tarawikh dan Witir pada waktu malam.
3. Tadarus Al-Quran
4. Banyakkan bersedekah
5. Banyakkan ibadat khususnya pada malam yang ke-21 hingga 30.
6. Mengerjakan umrah, pahalanya satu umrah dalam bulan ini bersamaan satu kali menunaikan haji.
7. Mengeluarkan zakat fitrah.

24 May 2008

Cantik di Mata Cantik di Hati






Temerloh, 24 Mei-Program Nisa' Temerloh, Cantik Di Mata Cantik Di Hati menarik minat wanita muda di sekitar Temerloh, Maran, Jerantut dan Jengka. Kehadiran peserta bengkel kecantikan ini yang diadakan pada 19 Mei 2008 yang lepas di Hotel Seri Malaysia, Temerloh baru-baru ini mencerminkan rasa puas hati dan gembira peserta apabila mereka diberi input yang berguna berkenaan dengan kerjaya dari rumah oleh penceramah jemputan. iaitu Pn.Muna Izzah Dato' Hj Fadhil dari Nisa' Malaysia dan juga teknik asas facial dan kesihatan oleh Pn.Fadhlina dari Nisa' Kuantan. Bengkel kecantikan yang dihadiri oleh hampir 40 orang itu dirasmikan penutupannya oleh isteri ADUN Kuala Semantan, iaitu Puan Radhiah Bt Hasan Basri yang hadir bersama anak perempuannya.Program berakhir tepat jam 5.30 petang dengan harapan akan diadakan untuk siri yang kedua dalam masa yang terdekat, Insha Allah.

Menginsafi Kekalahan Hak Kedaulatan PBP

Salam bahagia dan selamat pagi,

Apa khabar sahabat-sahabat? Moga kita sentiasa di rahmati dan dikasihi Allah dalam apa jua kerja yang kita lakukan.

Sudah lama saya tidak membuka laman blog saya. Sejak mula bekerja di KPDN saya tidak sempat untuk mencoret sepatah dua kata di sini.Apapun, Alhamdulillah, hari ni sempat juga saya meng'update' blog ini walaupun sedikit.

Setelah bertukar profesyen dari bidang politik ke bidang perdagangan & kepenggunaan ini, sudut dan ruang lingkup kerja saya dilihat sebagai lebih fokus. Kerja saya sekarang ialah memantau harga barangan di semua kedai runcit dan pasaraya di sekitar Temerloh,Maran dan Bera.Setelah itu, data tentang trend kenaikan atau penurunan harga ini akan dikaji dan seterusnya dilaporkan kepada Majlis Harga Barang Negara (MHBN) yang di pengerusikan oleh PM sendiri.

Jika diperhatikan senario kekurangan beras di negara kita sejak kebelakangan ini sebenarnya berpunca daripada kekurangan bekalan dan import dari Thailand. Kebergantungan bekalan dan import dari negara luar ini sebenarnya dapat di atasi sekiranya pengeluaran padi negara kita dipertingkatkan.Kita punya tanah bendang yang luas di Kedah,Kelantan,Pahang,Selangor,Sarawak dan Sabah. Kita juga punyai tenaga kerja yang mampu untuk menguruskan tanah sawah, tetapi kenapa masih perlu mengimport dari negara luar?

Semasa bertugas, ramailah yang bertanyakan kenapa dan mengapa harga beras naik mendadak.Bila agaknya harga beras nak turun.. macam macam keluhan daripada orang ramai. Kesian kepada orang yang susah terpaksa menanggung beban yang sepatutnya dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan dapat merancang keperluan bahan makanan di Malaysia ni.

Sudahlah Pulau Batu Puteh (PBP) telah jatuh ke tangan Singapura, Malaysia hanya dapat menggigit jari apabila hak yang sepatutnya milik negara dengan mudah dimiliki oleh negara lain. Senang cerita, orang Melayu mudah leka dan hanya akan tengadah dan menyesal bila perkara dah berlaku. Kita tidak mahu merancang lebih awal perkara yang mungkin berlaku pada masa depan. Seperti jugalah isu beras. Sama saja..

Jangan Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak nanti dijajah oleh Singapura sudah! Orang Melayu mesti pegang tampuk kepimpinan dan juga mesti kuatkan Islam dan ekonomi untuk mengahalang perkara sebegini terjadi lagi.

Sekian dulu untuk kali ini.

Wassalam.

24 February 2008

Calon DUN Tioman

Ada gaya YB tak?
Bergambar di Pejabat BPPNP semasa Program Pengisytiharan Calon PRU 12 Barisan Alternatif PAS Pahang
Salam kepada semua,
Dengan ini dimaklumkan saudara Mohd Fadzli Bin Mohd Ramly telah menerima watikah daripada Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang dan berbai'ah untuk menjadi calon PAS dalam PRU 12. Beliau akan bertanding di N-42 DUN Tioman, kawasan Rompin iaitu kawasan yang pernah beliau tandingi sebelum ini.
Sahabat-sahabat yang ingin membantu, beliau sangat alu-alukan bantuan samada tenaga atau kewangan. Untuk bantuan kewangan, sahabat2 bolehlah masukkan terus ke akaun Maybank beliau atas nama Mohd Fadzli Bin Mohd Ramly : No akaun :164017035165.
Sahabat2 yang ingin memberi sokongan kepada beliau, bolehlah hubungi terus di talian 017-650 5774. Salam dari YB Pa utk sahabat2 semua. Sekian dimaklumkan. p/s:Maklumat PRU 12 bagi PAS Pahang boleh dilayari melalui website ini http://paspahang.orgIsu-isu tempatan Negeri Pahang boleh didapati di http://sidangonline.net

15 February 2008

PAS Pahang Komited Jaga Kebajikan Rakyat


Temerloh, 15 Feb - PAS Negeri Pahang akan terus komited menjaga kebajikan rakyat walaupun yang meminta bantuan adalah bukan dari ahli pertubuhan politik ini, kata Pengurus Dana Takwa PAS Pahang, Puan Azie Abd Aziz. Menurutnya, Walaupun Parti PAS bukanlah parti yang menang dalam Pilihanraya Umum ke-11 yang lalu, tetapi pejabat Perhubungan Negeri selalu saja dikunjungi oleh orang awam yang terpaksa memohon sumbangan kecemasan daripada parti.


Apabila dijelaskan kepada orang awam ini bahawasanya mereka perlu memohon sumbangan daripada orang yang bertanggungjawab, iaitu ADUN Kuala Semantan. Apa yang mereka jawab, amat mengecewakan, iaitu mereka hanya dimarahi oleh bekas ADUN BN terbabit kerana 'hanya tahu meminta' , 'tidak berusaha', sedangkan apalah salahnya kalau mereka ini dibantu paling tidakpun memberi panduan untuk memohon di mana-mana pejabat yang berotoriti!


Sementara itu, bapa kepada Nurul Shahirah, En. Shamsudin Bin Abdul Rahman serta isteri, Pn.Norhayati Binti Abd Karim yang menetap di No.20, Jalan Triang, Temerloh, merayu memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai yang bersimpati dengan anaknya Nurul Shahirah, yang dikesan mengidap tumor otak dua bulan lepas dan perlu menjalani rawatan kemoterapi secepat mungkin untuk mengelak daripada tumor itu merebak.Menurut ibunya, Nurul Shahirah akan menyambut hari lahirnya yang ke-4 pada 19/2/2008 nanti.

En.Shamsudin, 39, yang datang ke pejabat Perhubungan PAS untuk memohon sumbangan kecemasan ini berkata, dia telah pergi ke pejabat ADUN Semantan tersebut, tetapi amat kecewa kerana hanya diberikan RM10 sahaja sedangkan bil rawatan yang perlu dilangsaikan untuk mendapat Laporan Perubatan dari Hospital Kuala Lumpur itu hampir mencecah RM400. Menurut beliau, dia kecewa dengan sikap bekas YB tersebut dan terus datang ke pejabat perhubungan Pas Pahang. Menurutnya lagi, dia bukan tidak berusaha, tetapi dengan keadaan dirinya yang cacat penglihatan mata kanan itu menyebabkan banyak kali dia dibuang kerja oleh majikan dan sekarang hanya menyara hidup ahli keluarganya dengan bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak tetap dan tidak seberapa.

Kepada orang ramai yang ingin membantu Nurul Shahirah, salurkan bantuan anda melalui akaun Public Bank ibunya, Norhayati Binti Abd Karim, No.Akaun : 4-8554403-06. Boleh juga berhubung dengan En.Shamsudin sendiri di talian 017-919 8348 untuk maklumat lanjut.


13 February 2008

PAS Pahang Letak Dua Calon Muslimat

Dua calon Muslimat akan mewakili PAS dalam pilihan umum ke – 12 , kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, PAS negeri menawarkan dua kerusi kepada muslimat dan ini adalah kali pertama PAS meletakkan muslimat bertanding dalam pilihan raya.

“Kita tawarkan dua kerusi kepada muslimat dan ini adalah kali pertama muslimat mengemukakan calon mereka,” ujarnya.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang mempunyai 42 kerusi dua daripadanya diwakili wanita iaitu Dun Muazam Shah, Rompin dan Kuala Sentul, Maran.
Muslimat dipercayai akan mengemukan Ketua Muslimat PAS negeri, Ustazah Azizah Khatib Mat sebagai salah seorang daripada calonya. Azizah adalah bekas Ketua Dewan Muslimat PAS sesi lepas.

Mengenai peluang PAS dalam pilihan raya ini, Tuan Ibrahim berkata, PAS tetap mempunyai peluang untuk menyaingi Umno dan berkemampuan untuk menafikan majoriti 2/3 BN bersama Parti Keadilan Rakyat (KeAdilan) dan DAP.

Katanya, kemenangan bukan mustahil dapat dicipta termasuk menang beberapa kerusi parlimen sekiranya rakyat berani membuat perubahan yang diterjemahkan melalui undi.

Diposting oleh Basiron Abdul Wahab di 19:23