24 May 2008
Cantik di Mata Cantik di Hati
Temerloh, 24 Mei-Program Nisa' Temerloh, Cantik Di Mata Cantik Di Hati menarik minat wanita muda di sekitar Temerloh, Maran, Jerantut dan Jengka. Kehadiran peserta bengkel kecantikan ini yang diadakan pada 19 Mei 2008 yang lepas di Hotel Seri Malaysia, Temerloh baru-baru ini mencerminkan rasa puas hati dan gembira peserta apabila mereka diberi input yang berguna berkenaan dengan kerjaya dari rumah oleh penceramah jemputan. iaitu Pn.Muna Izzah Dato' Hj Fadhil dari Nisa' Malaysia dan juga teknik asas facial dan kesihatan oleh Pn.Fadhlina dari Nisa' Kuantan. Bengkel kecantikan yang dihadiri oleh hampir 40 orang itu dirasmikan penutupannya oleh isteri ADUN Kuala Semantan, iaitu Puan Radhiah Bt Hasan Basri yang hadir bersama anak perempuannya.Program berakhir tepat jam 5.30 petang dengan harapan akan diadakan untuk siri yang kedua dalam masa yang terdekat, Insha Allah.
Menginsafi Kekalahan Hak Kedaulatan PBP
Salam bahagia dan selamat pagi,
Apa khabar sahabat-sahabat? Moga kita sentiasa di rahmati dan dikasihi Allah dalam apa jua kerja yang kita lakukan.
Sudah lama saya tidak membuka laman blog saya. Sejak mula bekerja di KPDN saya tidak sempat untuk mencoret sepatah dua kata di sini.Apapun, Alhamdulillah, hari ni sempat juga saya meng'update' blog ini walaupun sedikit.
Setelah bertukar profesyen dari bidang politik ke bidang perdagangan & kepenggunaan ini, sudut dan ruang lingkup kerja saya dilihat sebagai lebih fokus. Kerja saya sekarang ialah memantau harga barangan di semua kedai runcit dan pasaraya di sekitar Temerloh,Maran dan Bera.Setelah itu, data tentang trend kenaikan atau penurunan harga ini akan dikaji dan seterusnya dilaporkan kepada Majlis Harga Barang Negara (MHBN) yang di pengerusikan oleh PM sendiri.
Jika diperhatikan senario kekurangan beras di negara kita sejak kebelakangan ini sebenarnya berpunca daripada kekurangan bekalan dan import dari Thailand. Kebergantungan bekalan dan import dari negara luar ini sebenarnya dapat di atasi sekiranya pengeluaran padi negara kita dipertingkatkan.Kita punya tanah bendang yang luas di Kedah,Kelantan,Pahang,Selangor,Sarawak dan Sabah. Kita juga punyai tenaga kerja yang mampu untuk menguruskan tanah sawah, tetapi kenapa masih perlu mengimport dari negara luar?
Semasa bertugas, ramailah yang bertanyakan kenapa dan mengapa harga beras naik mendadak.Bila agaknya harga beras nak turun.. macam macam keluhan daripada orang ramai. Kesian kepada orang yang susah terpaksa menanggung beban yang sepatutnya dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan dapat merancang keperluan bahan makanan di Malaysia ni.
Sudahlah Pulau Batu Puteh (PBP) telah jatuh ke tangan Singapura, Malaysia hanya dapat menggigit jari apabila hak yang sepatutnya milik negara dengan mudah dimiliki oleh negara lain. Senang cerita, orang Melayu mudah leka dan hanya akan tengadah dan menyesal bila perkara dah berlaku. Kita tidak mahu merancang lebih awal perkara yang mungkin berlaku pada masa depan. Seperti jugalah isu beras. Sama saja..
Jangan Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak nanti dijajah oleh Singapura sudah! Orang Melayu mesti pegang tampuk kepimpinan dan juga mesti kuatkan Islam dan ekonomi untuk mengahalang perkara sebegini terjadi lagi.
Sekian dulu untuk kali ini.
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)