30 October 2007

Get ready, GE is around the corner!

Cuba pilih Parti Islam sekali saja,
Insha Allah 1000 perubahan akan anda nikmati!
Siapa kata PAS tak boleh memerintah?
Cuba tanya rakyat Kelantan!

23 October 2007

Diari Ramadhan Nisa' Temerloh


Gambar-gambar sekitar Program Nisa' Small Kindness 2007 Anjuran Nisa' Temerloh














Konsep program : 1) Beri sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal & tinggal, muallaf
orang kurang upaya.
2) Menderma pakaian terpakai kepada golongan yang susah.Wujudkan
konsep 'free market'.
3) Menjual barangan keluaran 'Dina' dengan harga murah iaitu RM5 setiap
barang.





20 October 2007

Salam Aidilfitri

Setelah seminggu syawal menjengah, baru sekarang saya dapat membuka dan mencoretkan sepatah dua kata di blog saya ini. Alangkah sibuknya! Sedangkan masa dan waktu telah diperuntukkan selama 24 jam!Benarlah Firman Allah dalam Al-Quran dalam surah Al-'Asr. "Demi Masa! Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian.." Moga saya dan sahabat yang menziarahi blog ini tidak termasuk dalam orang yang rugi, Amiin!
Pejam celik pejam celik, Ramadhan telah berlalu dan mengucapkan selamat tinggal kepada kita.Sayonara Ramadhan! Moga saya masih berkesempatan bertemu denganmu lagi tahun-tahun akan datang.Bila takbir bergema di pagi syawal, sebak rasanya di dada,mengelamun sendirian saya memuhasabah diri..dan merungkaikan kesimpulan sendiri, this Ramadhan was the worst month in my whole life compared before! Apa tidaknya, dalam sebulan berpuasa, hanya sekali saja dapat berterawikh ke masjid!Bukan tidak mahu, tetapi tidak mampu!Alfie (anak saya yang baru berumur setahun sebulan) yang masih kecil dan tengah lasak tidak mampu untuk saya bawa ke masjid!Senario di luar kampus berbeza dengan semasa saya berada di kampus. Di kampus, anak-anak kecil foreigners students membiasakan anak mereka dengan masjid, walaupun agak mengganggu jemaah. Tetapi di sini, budak yang berumur 5 tahun pun diugut-ugut jangan bising, inikan pula anak kecil yang tak tau apa-apa! Itulah sebabnya saya rasa better i did my ownself.
Saya harapkan, things will change soon, Insha Allah and i will perform ibadah as i was deed before! Instead, menjaga anak juga satu tanggungjawab yang diberikan kepada ibu yang akan diganjarkan pahala. Insha Allah, jika ikhlas!
Walaupun begitu, saya bersyukur dapat menyambut syawal kali ini dengan hubby dan alfie serta famili tercinta. Tahun lepas saya tidak beraya, tetapi hanya berada di pembaringan sahaja kerana tengah 'dalam pantang'.Tahun ni, saya sangat gembira kerana alfie dah boleh pakai baju melayu yang dibeli oleh pak ude nye tahun lepas! Dah besar dah anak mama! Alhamdulillah, rezeki Alfie murah. Raya tahun lepas dapat duit raya RM700++.Tahun ni walaupun tak banyak, dapat jugalah RM170!Alhamdulillah.
Apapun, walau dah seminggu syawal, saya masih banyak terima jemputan berkunjung ke majlis 'open house/jamuan raya!Meriah sungguh Malaysia! Insha Allah, tiada aral, saya akan ziarah kawan-kawan pula!
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.